2025-06-27 IDOPRESS

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir
SEREMBAN,27 Jun- Isu keagamaan perlu dirujuk kepada pihak berautoriti agama dan tidak wajar dibuat tafsiran secara individu atau berkelompok.
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bertitah,perkara itu perlu dirujuk kerana boleh mencetuskan kecelaruan,ketegangan dan konflik dalam masyarakat.
"Oleh demikian,beta menyokong penuh segala inisiatif bagi mendaulatkan Islam. Beta berharap langkah-langkah ke arah memperkukuh institusi agama dan kecekapan pelaksanaan undang-undang pentadbiran agama Islam di negeri ini dapat terus diutamakan.
"Isu-isu keagamaan perlu dirujuk kepada pihak berautoriti agama dan tidak wajar dibuat tafsiran secara individu atau berkelompok kerana boleh mencetuskan kecelaruan,ketegangan dan konflik dalam masyarakat," titah baginda.
Baginda bertitah pada Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sembilan 1447 Hijrah di Masjid Negeri,Negeri Sembilan di sini.
Doa akhir dan awal tahun dibacakan oleh Mufti Negeri Sembilan,Profesor Datuk Dr Mohd Faudzinaim Badarudin.
Turut berangkat ke masjid itu,Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tunku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta anakanda Tunku Besar Seri Menanti,Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al'Abidin.
Turut hadir ke program itu,Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Aminuddin Harun serta kira-kira 300 individu.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur