2025-06-27 IDOPRESS
Foto RTM
BEMBAN,MELAKA,27 Jun – Melaka mencatat sejarah sebagai negeri pertama di Malaysia yang menyediakan lafaz taklik perkahwinan dalam tulisan Braille khusus untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan.
Ketua Menteri,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata,inisiatif berkenaan bukan sahaja memudahkan mereka melafazkan taklik semasa pernikahan,bahkan memastikan mereka benar-benar memahami ikrar yang dilafazkan.
“Kerajaan Negeri Melaka telah melancarkan Buku Tatacara Panduan Pengurusan Perkahwinan dan Penceraian,Rujuk Orang Islam bagi Negeri Melaka,termasuk lafaz taklik dalam tulisan Braille versi Bahasa Melayu dan Inggeris.
"Ia merupakan inisiatif pertama di Malaysia bagi membantu golongan OKU penglihatan membaca dan memahami lafaz taklik semasa hari pernikahan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Melaka 1447H/2025M di Masjid Al-Hakeem,Kampung Tehel.
Majlis tersebut turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Melaka,Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.
Menurut Ab Rauf,pelaksanaan inisiatif itu membuktikan bahawa golongan OKU turut diambil kira dalam usaha kerajaan negeri memastikan kelestarian hidup semua lapisan masyarakat.
Dalam majlis sama,bekas Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn. Bhd.,Datuk Azmar Talib dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Melaka 1447H/2025M.
Beliau turut menerima Anugerah Abu Bakar As-Siddiq,wang tunai RM10,000 serta pakej menunaikan umrah bernilai RM10,000.
Pemilihan beliau dibuat berdasarkan sumbangan besar dalam sektor perkhidmatan awam dan institusi berkaitan umat,termasuk peranannya sebagai Ahli Majlis Agama Islam Melaka dan Ahli Lembaga Pelaburan Tabung Haji.
Azmar menyeru agar aset dan harta Islam seperti zakat dan wakaf dimanfaatkan secara lebih sistematik untuk pembangunan ekonomi ummah.
“Saya lihat banyak harta umat Islam yang terkumpul,sama ada milik Majlis Agama,zakat mahupun wakaf.
"Jika ditingkatkan tahap kegunaannya serta pelaburan,ia boleh membuka peluang kepada masyarakat,khususnya orang Islam untuk berniaga,” katanya ketika ditemui RTM di sini.
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
KWAP lancar Dana Iklim+, galak pelaburan hijau negara
MITI, MoF bincang insentif baharu galak penggunaan EV
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur