2025-06-27 IDOPRESS

Nurul Izzah bersama Pengarah Urusan Think City,Datuk Hamdan Abdul Majeed dan Setiausaha Agung Pengakap Filipina,Kim Robert C. de Leon dalam sesi panel perbincangan APR SIAW 2025
KUALA LUMPUR,27 Jun- Malaysia disaran mempertimbangkan untuk membenarkan penglibatan murid seawal Darjah 1 dalam gerakan Pengakap,bagi memupuk nilai kepimpinan dan kemasyarakatan sejak usia muda.
Menurut kenyataan Persekutuan Pengakap Malaysia,perkara itu disuarakan Pengerusi Eksekutif Polity,Nurul Izzah Anwar pada Bengkel Impak Sosial dan Advokasi Rantau Asia-Pasifik 2025 (APR SIAW 2025).
"Saya fikir elok jika murid seawal Darjah 1 dibenarkan menyertai Pengakap. Buat masa ini,penyertaan dalam unit beruniform hanya bermula pada peringkat Darjah 4.
Nilai-nilai yang diterapkan dalam pergerakan ini sangat positif dan mampu membentuk pemimpin muda yang berjiwa masyarakat," kata Nurul Izzah semasa menjadi panel bengkel berkenaan,hari ini.
Menurut beliau,beberapa negara seperti Maldives dan Hong Kong telah melaksanakan penyertaan awal tersebut dengan berkesan.
Mengimbas pengalamannya sebagai bekas ahli Pengakap,beliau berkata aktiviti luar seperti berkhemah dan latihan kendiri banyak membentuk prinsip hidupnya.
“Kita belajar tentang kehidupan sebenar,berdikari di hutan,bekerjasama serta sentiasa membantu antara satu sama lain. Nilai bercakap benar dan semangat membantu itu sangat membentuk hala tuju hidup saya,” tambahnya.
Nurul Izzah turut menyeru agar gerakan Pengakap terus diperkasa dengan sokongan pelbagai pihak,termasuk alumni.
“Saya ingin mengajak semua untuk bersama-sama memudahkan penyertaan anak-anak dalam Pengakap serta membuka ruang sumbangan alumni,mungkin sebagai anggota seumur hidup,” katanya.
Sementara itu,Pengarah Eksekutif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),Nor Azlina Mohd Saad yang merasmikan bengkel tersebut,menekankan kepentingan penglibatan belia dalam membentuk bandar raya yang inklusif dan berdaya tahan.
APR SIAW 2025 berlangsung di ibu negara,bermula 26 hingga 29 Jun,anjuran bersama Persekutuan Pengakap Malaysia dan Pergerakan Pengakap Sedunia Wilayah Asia-Pasifik itu menghimpunkan 60 pemimpin muda dari 15 negara,bagi memperkukuh peranan Pengakap dalam advokasi sosial dan pembangunan komuniti secara mampan.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur