2025-06-27 IDOPRESS

Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu 1447H/2025M,Datuk Dr. Ghazali Ahmad
KUALA TERENGGANU,27 Jun- Datuk Dr. Ghazali Ahmad dinobat penerima Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu 1447H/2025M.
Jelasnya,penganugerahan itu menjadi pemangkin serta pembakar semangat untuk dirinya terus menabur khidmat kepada masyarakat.
Pengalaman selama 40 tahun dalam bidang perubatan Nefrologi melayakkan beliau,menerima anugerah tersebut.
"Insya-Allah,saya akan gunakan anugerah ini untuk meningkatkan lagi azam dan usaha dalam memperkasakan ummah serta berbakti,bukan sahaja kepada komuniti kita,tetapi juga di peringkat nasional.
Kita juga sedar bahawa akhir-akhir ini umat Islam ditekan dan sering digambarkan secara negatif di peringkat antarabangsa. Oleh itu,kita mesti bersama-sama memperkukuhkan satu sama lain," kata beliau kepada pemberita,hari ini.
Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri,di sini.
Anugerah disampaikan Yang di-Pertuan Muda,Tengku Muhammad Ismail.
Hadir sama,Menteri Besar Terengganu,Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.
Anak jati Kemaman,Terengganu itu menerima trofi,hadiah wang tunai bernilai RM20,000 dan sijil penghargaan.
Datuk Dr. Ghazali kini berkhidmat sebagai Pakar Perunding Nefrologi dan Ketua Jabatan Pengurusan Penyakit Bersepadu di Institut Jantung Negara ( IJN),selepas bersara wajib.
Dalam majlis itu juga,15 tokoh lain turut menerima anugerah masing-masing,antaranya Tokoh Dakwah,Tokoh Saudara Kita,Tokoh Keluarga Lengkap Mithali dan Tokoh Hafiz.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur