2025-06-27 IDOPRESS
Majlis tersebut dilancarkan Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan,Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP),Datuk Ewon Benedick dan Pengerusi SME Bank,Datuk Muslim Hussain di ibu negara,hari ini
KUALA LUMPUR,26 Jun- SME Bank memperkenal lima inisiatif strategik baharu dengan nilai keseluruhan RM211 juta,bagi memperkukuh komitmennya menyokong Kerangka Ekonomi MADANI.
Lima insiatif tersebut ialah MySmeLady 2.0,Pembiayaan Ekosistem Payung,Dana Kelestarian Alam,Maju Usahawan Madani dan SME Bank iTekad Ishraf 4.0.
Menurut Pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SME Bank,Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim dalam kenyataan memaklumkan inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada peruntukan strategik Belanjawan 2025 berjumlah RM1 bilion yang disalurkan kepada SME Bank.
"Sejajar mandat SME Bank,kami berbesar hati menyemarakkan sektor PMKS melalui pelancaran program-program baharu ini. Ia menyokong usaha kerajaan membina Malaysia yang lebih inklusif dan mampan," katanya.
Pelancaran inisiatif itu turut memperkasa agenda Belanjawan Negara 2025 yang memberi penekanan kepada sektor-sektor strategik berimpak tinggi termasuk Teknologi,Pelancongan,Halal dan ESG.
Di samping itu,memberi tumpuan khusus kepada usahawan B40 dan asnaf untuk membina ekosistem perusahaan mikro,kecil dan sederhana (PMKS) yang mampan,berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Datuk Seri Amir Hamzah Azizan,Menteri Kewangan II dan Datuk Ewon Benedick,disertai oleh Pengerusi SME Bank,Datuk Muslim Hussain.
Chery Brand Night Grandly Opens - Co-Creating the “New Move” with Global Users
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
KWAP lancar Dana Iklim+, galak pelaburan hijau negara
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur