2025-06-27 IDOPRESS

Foto Fail
KUALA LUMPUR,26 Jun- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis,menjejaki prestasi bercampur-campur semalaman Wall Street dalam persekitaran pasaran yang berhati-hati,kata seorang penganalisis.
Pada pukul 9.05 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.07 peratus atau 1.12 mata kepada 1,520.91 daripada 1,519.79 ketika ditutup pada Rabu.
Indeks penanda aras itu dibuka 0.45 mata lebih tinggi kepada 1,520.24.
Bagi keseluruhan pasaran,kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 140 berbanding 132,manakala 255 kaunter tidak berubah,1,911 kaunter tidak diniagakan dan 102 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 112.85 juta unit bernilai RM64.10 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd,Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup bercampur-campur apabila pelabur membuat pertimbangan berdasarkan kepada perkembangan semasa di Timur Tengah dan sama ada gencatan senjata yang sedia ada akan bertahan lama.
Beliau berkata harapan penurunan kadar faedah juga menyokong sentimen selepas Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell mengekalkan sikap berhati-hati dalam kenyataan terbarunya.
Di peringkat tempatan,Thong berkata FBM KLCI telah menyaksikan pembelian saham oleh institusi tempatan serta kemasukan dana asing dalam sesi dagangan baru-baru ini.
"Bagaimanapun,kami kekal berhati-hati memandangkan perkembangan di Timur Tengah masih tidak menentu. Kami menjangkakan indeks akan berada dalam aliran dalam julat 1,515–1,525 hari ini," katanya kepada Bernama.
Antara saham wajaran tinggi,Malayan Banking dan Tenaga Nasional meningkat masing-masing dua sen kepada RM9.81 dan RM14.26,CIMB menambah tiga sen kepada RM6.80,mankala Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM4.30 and RM6.70.
Bagi kaunter aktif,Pan Merchant yang membuat penampilan pertama di Pasaran ACE,merosot 3.5 sen kepada 23.5 sen,SNS Network dan Reservoir Link jatuh dua sen masing-masing pada 54 sen dan 20.5 sen,Dataprep and Solution Group pula naik 0.5 sen masing-masing kepada 10 sen dan 10.5 sen.
Di papan indeks,Indeks FBM Emas meningkat 9.66 mata kepada 11,356.22,Indeks FBMT 100 naik 7.26 mata kepada 11,135.66,Indeks FBM Emas Shariah menambah 5.48 mata kepada 11,307.26,Indeks FBM 70 menokok 6.49 mata kepada 16,236.59,bagaimanapun Indeks FBM ACE susut 8.75 mata kepada 4,450.22.
Dari segi sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 27.27 mata kepada 17,690.27,Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan melonjak 0.09 mata kepada 150.30,Indeks Perladangan naik 5.09 mata kepada 7,235.28 dan Indeks Tenaga bertambah 1.27 mata kepada 729.38.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur