2025-06-27 IDOPRESS

Foto Fail
KUALA LUMPUR,26 Jun- AnggotaPersatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM)akan mula melaksanakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan kewangan yang berkaitan secara berperingkat mulai 1 Julai ini.
Langkah itu susulan pewartaan perundangan cukai perkhidmatan berikutan pengembangan skop cukai perkhidmatan.
Menurut ABM,Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA),pelaksanaan inisiatif itu akan dibuat berdasarkan undang-undang serta garis panduan rasmi yang telah diwartakan atau dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
"Cukai perkhidmatan akan dikenakan pada kadar lapan peratus ke atas perkhidmatan kewangan berasaskan yuran dan komisen.
Kami memberi jaminan kepada pelangganbahawa beberapa pengecualian telah diberikan,contohnya perkhidmatan perbankan asas untuk orang ramai termasuk caj semasa dan berkaitan akaun simpanan akan kekal dikecualikan daripada cukai perkhidmatan untuk kedua-dua perkhidmatan perbankan konvensional dan Islam," kata kenyataan itu.
Untuk maklumatlanjut,ABM,AIBIM dan MIBA menasihatiorang ramai untuk merujuk kepada pengumuman atau kenyataandaripada bank masing-masing,menerusisaluran rasmi bank terlibat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur