2025-07-01 HaiPress

Ketua Polis Selangor,Datuk Hussein Omar Khan - Foto Facebook Polis Selangor
SHAH ALAM,30 Jun - Pihak polis mengesahkan tiada sebarang unsur khianat,sabotaj atau kecuaian yang dikenal pasti sebagai punca insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu.
Ketua Polis Selangor,Datuk Hussein Omar Khan mendedahkan perkara itu berdasarkan laporan penuh siasatan teknikal yang dikemukakan kepada kerajaan negeri Selangor hari ini.
Jelas Datuk Hussein,siasatan bersama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mendapati kerja pembinaan di lokasi mematuhi garis panduan,manakala tekanan gas sebelum kejadian berada pada paras normal.
"Polis menjalankan siasatan dengan memproses tempat kejadian,mengambil sampel,merakam percakapan seramai 212 saksi merangkumi mangsa,pihak Petronas,Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ),pemaju,kontraktor,saksi bebas dan lain-lain.
Hasil siasatan (turut dibuat) daripada pembinaan lot kedai di kawasan kejadian mengikut garis panduan dan tiada kerja pembinaan terkesan dan aktiviti kerja (penggantian paip pembetung) berakhir 30 Mac lalu," katanya pada sidang media Laporan Siasatan Insiden Kebakaran Putra Heights di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini,hari ini.
Tambahnya,kerja pengorekan tanah yg dijalankan kontraktor tidak menyebabkan gangguan secara langsung kerana keadaan paip berada pada kedalaman 5.66 meter dan 3.6 meter.
Malah,bacaan petunjuk juga menunjukkan tekanan gas adalah normal dan hanya menurun mendadak pada hari kejadian seterusnya mengetepikan kemungkinan tekanan boleh mencetuskan letupan sehingga merosakkan paip gas.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur