2025-07-01 HaiPress

Bomba menyelamatkan seorang remaja lelaki yang terperangkap dalam kebakaran di rumahnya di Aparment 99,Taman Sinar Pelangi,Jelutong malam tadi/Foto Bomba Pulau Pinang
GEORGE TOWN,30 Jun - Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang remaja lelaki yang terperangkap dalam kebakaran di rumahnya di Aparment 99,Jelutong di sini malam ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.26 malam.
"Sebaik tiba,pihak bomba mendapati berlaku kebakaran di bahagian balkoni dan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun terperangkap di dalam kediaman tersebut,dipercayai hanya seorang diri dengan pintu berkunci.
"Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja memecah pintu dan berjaya mengeluarkan mangsa dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata operasi tamat pada 8.44 malam dan punca kebakaran sedang disiasat - BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur