2025-07-01 HaiPress

Foto hiasan / RTM
SHAH ALAM,29 Jun – Semakan semula kadar Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) serta peluasan skop cukai yang akan dilaksanakan mulai 1 Julai depan disifatkan sebagai langkah strategik untuk memperkukuh kedudukan fiskal negara,tanpa memberi beban berlebihan kepada rakyat.
Langkah tersebut dilihat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membina sistem percukaian yang lebih komprehensif,telus dan efisien,terutamanya dalam memastikan kutipan cukai dimanfaatkan secara optimum demi pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.
Menurut Pensyarah Kanan Ekonomi,Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Terengganu,Dr. Mohd Khairi Ismail,semakan semula SST bakal meningkatkan ketelusan serta membolehkan perancangan perbelanjaan awam dibuat dengan lebih berkesan.
“Apabila adanya semakan SST ini,ia sebenarnya adalah satu usaha yang baik oleh kerajaan ke arah penambahbaikan sistem percukaian yang lebih menyeluruh.
"Ia boleh memberi manfaat jangka panjang kerana mampu meningkatkan ketelusan penggunaan hasil cukai serta merangka perbelanjaan awam dengan lebih efisien,” katanya.
Tambah beliau,hasil cukai yang lebih baik dapat disalurkan semula kepada rakyat,khususnya melalui sektor pendidikan,kesihatan dan kebajikan,yang menjadi keutamaan kerajaan.
“Rakyat mahu tahu ke mana wang cukai mereka disalurkan. Jadi kerajaan boleh pertimbangkan inisiatif seperti penyediaan Laporan Ketelusan Cukai dan Laporan Perbelanjaan Awam bagi membina keyakinan,” jelasnya ketika ditemui RTM.
Sementara itu,rata-rata wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai yang ditemui menyatakan sokongan terhadap penstrukturan semula SST,asalkan pelaksanaannya dilakukan secara adil,telus dan bersasar.
Pengerusi NGO Pineapple Care,Hakeem Ismail berkata sistem percukaian bukan sekadar untuk menambah hasil negara,malah merupakan pelaburan demi masa depan rakyat.
“Kalau kerajaan salurkan hasil ini melalui program bantuan seperti STR dan SARA,rakyat akan rasa sistem cukai ini tidak membebankan. Ia harus sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya.
Dalam pada itu,Nur Rahim Nasir,pula menyambut baik pendekatan kerajaan menguatkuasakan SST secara berperingkat dan bersasar.
“Barang keperluan asas buatan tempatan tidak dikenakan SST atau dikenakan pada kadar yang sangat minimum.
"Cukai lebih tertumpu pada barangan mewah. Jadi ia tidak membebankan rakyat marhaen,” ujarnya.
Beliau turut menyatakan harapan agar hasil kutipan SST yang lebih tinggi kelak dapat digunakan untuk penambahbaikan infrastruktur awam.
“Saya harap kemudahan seperti pengangkutan awam dan jalan raya akan bertambah baik pada masa akan datang,” katanya.
Kementerian Kewangan sebelum ini memaklumkan bahawa pelaksanaan semakan semula SST adalah sebahagian daripada agenda pembaharuan fiskal kerajaan untuk memperluas asas cukai dan mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman luar.
Langkah itu juga selari dengan komitmen untuk memastikan keseimbangan antara keperluan negara dan keupayaan rakyat,selaras dengan prinsip ekonomi Madani.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur