2025-07-01 HaiPress

Pelaksanaan SST perlu jelas,elak beban kos sara hidup / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,29 Jun - Pemilihan barangan yang tertakluk di bawah Cukai Jualan perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan keperluan asas rakyat terus terpelihara dan tekanan kos sara hidup dapat dikurangkan.
Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA),Datuk Abd Aziz Abu Bakar berkata pada masa yang sama,usaha memperkukuh kedudukan fiskal negara menerusi peluasan skop Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) wajar difahami sebaiknya oleh semua pihak,agar matlamatnya dapat dicapai secara bersama.
''Kedua-duanya harus ada,keperluan reformasi cukai untuk tingkatkan hasil dan kurangkan defisit supaya kita kurang berhutang dan pada masa sama membela rakyat supaya mereka tidak terkesan dengan kos sara hidup.
''Memang sukar untuk mengimbangi antara kedua-dua ini,tapi ia satu keputusan yang perlu dibuat,'' jelasnya kepada RTM.
Beliau percaya,aktiviti libat urus dan komunikasi berterusan akan memperjelaskan lagi objektif semakan dan peluasan skop SST kepada golongan sasar.
Datuk Abd Aziz turut mencadangkan pengenalan saluran khas bagi memudahkan semakan barangan dan perkhidmatan di bawah SST,sekali gus mengurangkan kekeliruan pengguna.
''Inisiatif ini mungkin boleh dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dengan mewujudkan satu saluran digital yang menyenaraikan segala barangan dan perkhidmatan bagi membolehkan pengguna membuat semakan.
''Jadi memudahkan rakyat untuk tahu barangan apa yang dikenakan cukai dan pada masa sama memberi peningkatan hasil kepada negara,'' tambahnya.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur