2025-07-01 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,30 Jun- Ringgit meneruskan kenaikan minggu lepas,dibuka tinggi berbanding dolar AS dan sekumpulan mata wang utama,disokong oleh Indeks Dolar AS (DXY) yang rendah berikutan jangkaan pengurangan cukai dan perbelanjaan yang sedang dipertimbangkan di Senat Amerika Syarikat (AS).
Pada 8.01 pagi,ringgit meningkat kepada 4.2190/2365 berbanding dolar AS daripada 4.2300/2355 semasa ditutup pada Khamis lepas.
DXY AS kini berada pada 97.151 mata,merosot sebanyak 0.26 peratus daripada paras ditutup sebelum ini.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Senat AS sedang mempertimbangkan untuk meluluskan langkah-langkah pemotongan cukai,mengurangkan perbelanjaan Medicaid dan subsidi tenaga bersih.
“Semua langkah ini dijangka meningkatkan defisit fiskal dan paras hutang kerajaan AS. Pejabat Belanjawan Kongres (CBO) mengunjurkan rang undang-undang tersebut akan menambah defisit sebanyak hampir US$3.3 trilion dari 2025 hingga 2034 manakala seramai 11.8 juta rakyat AS akan kehilangan insurans kesihatan menjelang 2034,” katanya kepada Bernama.
Tarikh akhir untuk rang undang-undang tersebut ditetapkan pada 4 Julai 2025.
Mohd Afzanizam berkata matriks kredit kerajaan AS akan menjadi lemah,yang boleh menambah lagi tekanan ke atas nilai dolar AS.
“Ringgit meningkat 0.1 peratus kepada RM4.2327 pada Khamis lepas. Kami berpendapat ringgit akan terus mengukuh berbanding dolar AS dan dijangka dicatatkan pada RM4.22 hingga RM4.23,” katanya.
Pada sesi pembukaan,ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama dan negara-negara ASEAN.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9185/9308 daripada 2.9359/9399,naik berbanding pound kepada 5.7876/8116 daripada 5.8141/8217 dan tinggi berbanding euro kepada 4.9472/9677 daripada 4.9597/9661 pada Khamis lepas.
Berbanding mata wang ASEAN,ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3067/3207 daripada 3.3192/3240 dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.9179/9795 daripada 13.0254/0488 pada Khamis lepas.
Ia tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 260.4/261.7 daripada 260.9/261.4 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.46/7.50 daripada 7.47/7.49 sebelum ini.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur