2025-07-01 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,30 Jun- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan minggu lepas untuk dibuka tinggi pada Isnin,disokong oleh belian berterusan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih berikutan pelabur kekal positif terhadap unjuran ekonomi,kata penganalisis.
Pada 9.12 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.41 mata atau 0.55 peratus kepada 1,536.57 daripada 1,528.16 semasa ditutup pada Khamis lepas.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 5.25 mata kepada 1,533.41.
Pasaran secara menyeluruh positif,dengan 319 kaunter untung mengatasi 119 kaunter rugi,321 kaunter tidak berubah manakala 1,680 tidak diniagakan dan 102 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 206.93 juta saham bernilai RM128.65 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd,bursa tempatan dijangka diniagakan tinggi hari ini,mencerminkan prestasi Wall Street yang memberangsangkan sejajar dengan penilaian yang menarik terhadap indeks utama.
“Selain itu,kami menyokong sektor pembinaan dan utiliti berdasarkan potensinya untuk meraih manfaat daripada pelaburan langsung asing Malaysia dalam pusat data dan pembangunan infrastruktur yang berterusan di seluruh negara.
“Sektor utiliti turut disokong oleh perbelanjaan modal Tenaga Nasional dan difahamkan sebanyak 66 peratus daripada peruntukan RM10 bilion dijangka digunakan pada akhir tahun ini,” katanya dalam nota penyelidikan.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi,Malayan Banking merosot 2.0 sen kepada RM9.79,Public Bank dan CIMB,masing-masing naik 1.0 sen kepada RM4.35 dan RM6.81. Tenaga Nasional menambah 22 sen kepada RM14.48 dan IHH naik 3.0 sen kepada RM6.75.
Bagi kaunter paling aktif,EA naik setengah sen kepada 1.0 sen,NexGram dan NexG,masing-masing tidak berubah pada 1.5 sen dan 36 sen.
Nova MSC dan Digistar,masing-masing mendatar pada 6.0 sen dan 4.0 sen.
Di papan indeks,Indeks FBM Emas meningkat 78.13 mata kepada 11,476.93,Indeks FBMT 100 menambah 76.88 mata kepada 11,258.24 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 111.63 mata kepada 11,452.76.
Indeks FBM 70 meningkat 179.42 mata kepada 16,450.08 dan Indeks FBM ACE naik 18.01 mata kepada 4,492.77.
Mengikut sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 17.57 mata kepada 17,754.67,Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.68 mata kepada 152.66,Indeks Perladangan menambah 13.73 mata kepada 7,342.75 dan Indeks Tenaga menokok 3.08 mata kepada 735.76.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur