2025-07-01 HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,1 Julai - Ringgit meneruskan aliran peningkatannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal hari ini,didorong oleh prestasi mata wang negara maju itu yang kekal lemah pada masa ini.
Pada 8.01 pagi,mata wang tempatan mengukuh kepada 4.1955/2160 berbanding dolar AS daripada 4.2060/2130,semalam.
Indeks Dolar AS (DXY) juga terus merosot kepada 96.875 ketika pelabur menantikan data ekonomi penting dengan tempoh penangguhan tarif sebelah pihak dikenakan AS,kian tamat.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata hasil pulangan bon Perbendaharaan AS bagi tempoh dua dan 10 tahun masing-masing juga turun sebanyak satu dan lima mata asas,sekali gus menunjukkan kemungkinan Rizab Persekutuan AS (Fed) melonggarkan dasar monetari pada separuh kedua tahun ini.
“Selain itu,Presiden Donald Trump terus bersuara di media sosial bahawa kadar faedah seharusnya diturunkan. Ini mengukuhkan lagi pandangan bahawa pengerusi Fed yang seterusnya perlu mengambil pendekatan yang lebih cenderung menurunkan kadar faedah itu,” katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu,harga minyak mentah Brent turun 0.24 peratus kepada US$67.61 setong.
Pasaran sebaliknya lebih memberi tumpuan pasaran kepada mesyuarat Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya (OPEC+) pada Ahad dengan negara-negara anggota dijangka menaikkan kuota pengeluaran bagi mendapatkan semula bahagian pasaran.
Sewaktu urus niaga dibuka,ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama,namun kebanyakannya lebih kukuh berbanding mata wang serantau ASEAN.
Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 2.9190/9335 daripada 2.9156/9206,turun berbanding pound British kepada 5.7617/7898 daripada 5.7597/7693 dan rendah berbanding euro kepada 4.9457/9698 daripada 4.9290/9372.
Unit tempatan itu juga rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3009/3176 daripada 3.2986/3034 namun mengukuh berbanding baht Thai kepada 12.9331/13.0059 daripada 12.9356/9627,naik berbanding rupiah Indonesia kepada 258.3/259.7 daripada 259.0/259.5 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.44/7.49 daripada 7.46/7.48. - BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur