2025-07-01 IDOPRESS

Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj/ BERNAMA
KLANG,30 Jun- Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkenan mengisytiharkan Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu Sarawak dijenamakan semula sebagai Universiti Putra Malaysia Sarawak,(UPMS) dalam satu majlis di Istana Alam Shah,Klang,hari ini.
Mengiringi Baginda,Tengku Permaisuri Selangor,Tengku Permaisuri Norashikin.
Sultan Selangor yang juga Canselor UPM dalam titah ucapan menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian UPM Kampus Bintulu yang bukan sahaja menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang pertanian,perhutanan dan keterjaminan makanan tetapi juga muncul sebagai pemangkin pembangunan negara terutama di Sarawak serta menjadi institusi berdaya saing di rantau Borneo dan antarabangsa.
"Universiti Putra Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia pada masa kini telah berfungsi sebagai pusat ilmu,penyelidikan dan inovasi yang unggul bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat serantau dan antarabangsa terutama dalam bidang pertanian dan keterjaminan makanan.
"Selain daripada kampus utama UPM mempunyai satu lagi kampus yang mempunyai potensi yang besar di Bintulu,Sarawak sebagai langkah strategik,UPM dalam mengembangkan peranannya serta sempena lima puluh tahun penubuhan UPM di Sarawak,Beta telah berkenan untuk menjenamakan semula Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak," titah baginda pada Majlis Pengisytiharan UPMS di sini.
Sultan Sharafuddin berharap usaha dan komitmen UPM dapat diteruskan untuk membangun bakat dan kepakaran bagi kemajuan sosio ekonomi negara terutamanya di Sarawak melalui pelan tindakan Blueprint Keterjaminan Makanan UPM yang dibangunkan.
Majlis itu dihadiri Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari dan Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Abang Openg.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur