2025-07-01 IDOPRESS

Projek Sistem Transit Rapid Link (RTS Link) antara Johor Bahru-Singapura
SINGAPURA,30 Jun- Kementerian Pengangkutan mengambil kira keperluan masa pekerja Malaysia ke Singapura,sebelum mengumumkan jadual operasi bagi Sistem Transit Rapid Link (RTS Link) antara Johor Bahru-Singapura.
Menteri Pengangkutan,Anthony Loke berkata,cadangan waktu operasi itu masih belum ditentukan ketika ini.
"Sudah pasti ini adalah sesuatu yang perlu ditentukan dan perlu ambil perhatian operator. Kita juga memerlukan beberapa jam untuk penyelenggaraan tren.
"Kita memahami keperluan pekerja yang dari Johor ke Singapura sekarang seawal pukul 5.00 pagi. Jadi kita akan selesaikan sebelum beroperasi nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Memperkenalkan Tren Pertama RTS 01 di Pusat Ujian Rel Singapura (SRTC),di sini.
Anthony Loke sebelum itu bersama Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura,Jeffrey Siow menyaksikan majlis perasmian tren tersebut.
Projek tersebut dijangka siap sepenuhnya Disember tahun depan dengan jangkaan mengurangkan kesesakan antara Johor Bahru-Singapura.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur