2025-07-01 IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,30 Jun-Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 akan ditunda kepada 26 hingga 29 November depan,bagi memberi laluan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Sabah.
Setiausaha Agung UMNO,Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan memaklumkan,perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
"UMNO akan melaksanakan kajian separuh penggal bagi menilai keberkesanan dan prestasi Kerajaan Perpaduan Malaysia termasuk pencapaian kepimpinan UMNO dalam kerajaan,agensi milik dan berkaitan kerajaan.
"MKT juga berpendirian bahawa parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak wajar mengambil ahli daripada parti gabungan lain,bagi mengelakkan tercetusnya prasangka serta ketidakharmonian dalam kerajaan,"menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu,mesyuarat turut bersetuju bahawa MKT boleh mempertimbangkan sebarang rayuan yang dikemukakan oleh ahli yang dikenakan tindakan disiplin,selaras dengan Perlembagaan UMNO.
Dalam perkembangan lainMesyuarat turut merakamkan penghargaan kepada Badan Perhubungan UMNO Terengganu dan UMNO Perak yang membantu pengurusan serta sumbangan kepada mangsa tragedi kemalangan bas di Gerik yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur