2025-07-01 IDOPRESS
Menteri Digital,Gobind Singh Deo / Foto RTM
KUALA LUMPUR,30 Jun – Penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam memenuhi keperluan Alam Sekitar,Sosial dan Tadbir Urus (ESG),sekali gus kekal berdaya saing dalam landskap ekonomi masa hadapan.
Menteri Digital,Gobind Singh Deo berkata menerusi inisiatif baharu ESGAMConnect,PKS termasuk syarikat logistik kecil kini berpeluang untuk merapatkan jurang kecekapan dan ketelusan ESG dengan pemain industri yang lebih besar.
“Kita mahu membina satu ekosistem yang membolehkan transformasi digital negara dilaksanakan secara menyeluruh. Salah satu inisiatif yang dilihat amat penting dalam usaha ini ialah ESGAMConnect. Ia menjadi langkah penting untuk menarik penyertaan semua pihak ke arah pendigitalan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran ESGAMConnect di sini,hari ini.
Menurut beliau,PKS memainkan peranan penting dalam membangunkan ekonomi negara memandangkan mereka merangkumi sekitar 97 peratus daripada keseluruhan struktur perniagaan di Malaysia.
Inisiatif ESGAMConnect yang dilancarkan itu menampilkan sistem sokongan ESG yang menawarkan penyelesaian khusus mengikut sektor,termasuk aspek akreditasi,pengurusan kredit karbon,serta akses kepada pembiayaan hijau.
Turut disediakan ialah pusat pembelajaran digital,pensijilan profesional dan alat penilaian kendiri yang membantu pengguna memahami dan melaksanakan prinsip ESG secara berkesan.
Platform berasaskan AI itu juga menghubungkan perniagaan dengan rakan strategik ESG yang telah disahkan,termasuk perunding,jurulatih,juruaudit serta penyedia penyelesaian profesional.
“Saya berharap kerjasama antara Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Kementerian Digital dapat menyokong usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan semua PKS mengenai kepentingan ESG,khususnya dalam tahun-tahun akan datang,” tambah beliau.
Ringgit dijangka kekal dalam jajaran kecil minggu depan
Bursa Malaysia dijangka diniagakan lengang minggu depan
Sokong naik taraf premis, promosi pelancongan dalam Belanjawan 2026
Malaysia sasar potensi eksport RM230 juta pada Ekspo China-ASEAN ke-22
Kemahiran pengaturcaraan melahirkan generasi celik teknologi
Transformasi digital, sumbang pertumbuhan ekonomi negara
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur