2025-07-03 HaiPress

Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,2 Julai- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Itali merangkap Menteri Luar,Antonio Tajani,di Rom hari ini.
Menerusi perkongsian di Facebook,Datuk Seri Anwar berkata pertemuan itu mencerminkan komitmen bersama untuk terus memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dan Itali yang telah lama terjalin,berlandaskan prinsip saling menghormati antara satu sama lain.
"Kami turut membincangkan usaha memperluas kerjasama strategik dalam pelbagai bidang,termasuk hubungan Malaysia serta ASEAN dengan Kesatuan Eropah (EU).
"Kami juga bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan global seperti konflik di Gaza,situasi di Ukraine dan perkembangan di Asia Barat khususnya melibatkan Iran dan Israel.
Tambah beliau,Malaysia menghargai hubungan erat dengan Itali sebagai rakan penting dalam usaha memperkukuh kerjasama rentas benua demi keamanan,kemakmuran dan kemajuan bersama.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur