2025-07-03 HaiPress

Timbalan Menteri Besar,Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan
KOTA BHARU,2 Julai - Kerajaan Kelantan mengambil serius isu berkaitan kandungan bahan besi (Fe) dan mangan (Mn) yang tinggi dalam air bawah tanah di negeri ini.
Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata,pihaknya bersedia mendapatkan kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) untuk meneliti tahap kandungan bahan terbabit yang mungkin membahayakan kesihatan rakyat.
"Kita memandang serius perkara ini dan akan lihat tahap kandungan bahan ini sama ada boleh membahayakan kesihatan atau tidak. Jika ada,tindakan segera akan diambil dengan bantuan JKNK.
"Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sudah berusaha sebaik mungkin meningkatkan kualiti bekalan air dan telah mengambil pelbagai langkah untuk menaik taraf perkhidmatan,malah telah mencapai banyak kemajuan selain beberapa perkara masih lagi dalam tindakan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim,di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan media yang mendedahkan kira-kira 600,000 penduduk Kelantan menggunakan air telaga dan telaga tiub berisiko menghadapi masalah kesihatan dalam jangka masa panjang akibat daripada kandungan Fe dan Mn yang tinggi dalam air bawah tanah. - BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur