2025-07-03 HaiPress

Foto FB orang awam /MPKK Pak Ngah Aziz
KUANTAN,2 Julai- Sebutir bom lama yang dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua seberat kira-kira 250 kilogram telah ditemui tertanam di tapak projek pembinaan perumahan di Bukit Goh,Kuantan,petang semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan,Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata,bahan letupan jenis 'aerial bomb' itu ditemukan oleh pekerja di tapak binaan sebelum dilaporkan kepada polis oleh kontraktor projek terbabit.
"Susulan laporan itu,Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang telah dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan.
"Setelah penilaian risiko dijalankan,tindakan pemusnahan bom diputuskan menggunakan kaedah 'low order' bagi mengurangkan kesan gegaran terhadap kediaman berhampiran.
"Jarak antara lokasi penemuan bom dan rumah terdekat dianggarkan kira-kira 200 meter.
"Bahan letupan tersebut telah berjaya dimusnahkan pada pukul 10.00 pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menasihatkan orang awam supaya tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang dijumpai dan segera menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur