2025-07-03 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,1 Julai- Sapura Energy Berhad (SEB) menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities bagi melaksanakan pelan pemulihannya.
SEB dalam satu kenyataan memaklumkan,keputusan itu membolehkan ia meneruskan usaha untuk mengukuhkan semula kedudukan kewangan dan keluar dari status syarikat yang dikategorikan bawah Nota Amalan (PN17).
''Pelan yang diluluskan itu merangkumi langkah menyeluruh termasuk penstrukturan semula modal dan hutang,inisiatif pengumpulan dana serta pengecualian peraturan yang relevan.
''Langkah ini bertujuan untuk menangani kerugian terkumpul,mengurangkan jumlah pinjaman dan menyokong pelan pemulihan perniagaan SEB,'' menurut syarikat perkhidmatan minyak dan gas itu dalam satu kenyataan,hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB,Muhammad Zamri Jusoh menyifatkan kelulusan itu sebagai pengesahan terhadap strategi pemulihan SEB dan menyatakan komitmen syarikat untuk melaksanakannya secara bertanggungjawab demi mengembalikan keyakinan pasaran.
Mesyuarat agung akan diadakan dalam masa terdekat,bagi mendapatkan kelulusan pemegang saham,sebelum pelaksanaan pelan pemulihan dan pematuhan penuh terhadap keperluan penyenaraian Bursa Malaysia.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur