2025-07-03 HaiPress

Gambar hiasa/Freepik
KUALA LUMPUR,2 Julai - Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu,susulan kelemahan berterusan dolar AS berikutan ketidaktentuan fiskal dan risiko tarif di negara itu yang menjejaskan sentimen,kata penganalisis.
Pada 8 pagi,mata wang tempatan meningkat kepada 4.1870/2065 berbanding dolar AS daripada 4.1995/2005 ketika ditutup semalam.
Sementara itu,Indeks Dolar AS (DXY) terus mengalami penurunan kepada 96.819.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kelemahan dolar AS itu mencerminkan kebimbangan berterusan mengenai ketidaktentuan dasar fiskal AS termasuk langkah tarif dan pengurangan perbelanjaan kerajaan.
“Langkah pengurangan cukai dan pengurangan seterusnya ke atas perbelanjaan sosial berpotensi menjejaskan prospek pertumbuhan ekonomi AS,” katanya kepada Bernama.
Pada awal dagangan,ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 2.9186/9324 daripada 2.9351/9389 ketika ditutup pada Selasa,dan lebih kukuh berbanding pound British kepada 5.7555/7823 daripada 5.7797/7866.
Bagaimanapun,unit tempatan susut berbanding euro kepada 4.9423/9654 daripada 4.9566/9625 semalam.
Ringgit turut diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.
Unit domestik lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 258.4/259.7 daripada 258.9/259.4 semalam,dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.43/7.47 daripada 7.45/7.46.
Ringgit juga lebih stabil berbanding dolar Singapura kepada 3.2899/3057 daripada 3.3015/3059 ketika ditutup semalam,dan diniagakan lebih tinggi berbanding baht Thailand kepada 12.8930/9630 daripada 12.9363/9585. - BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur