2025-07-03 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,2 Julai- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini,berikutan harapan perjanjian perdagangan dapat dicapai menjelang tarikh akhir tarif AS,semakin suram dan menjejaskan sentimen pelabur.
Pada pukul 6.00 petang,mata wang tempatan susut kepada 4.2245/2305 berbanding dolar AS daripada 4.1995/2005 ketika ditutup pada Selasa.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit yang mencatat momentum kukuh sejak beberapa minggu lepas,kini diasak tekanan apabila pasaran bersiap sedia bagi tarikh akhir tarif pada 9 Julai dengan Presiden AS Donald Trump menyatakan tarikh itu tidak akan dilanjutkan.
“Berikutan tarikh akhir yang semakin hampir,menyebabkan pasaran sedang beralih kepada mod bertahan.
“Urus niaga pasaran tukaran asing Asia seperti dalam keadaan tertekan,(dalam sentimen) berhati-hati,memberi tindak balas serta tidak pasti mengenai sumber cabaran seterusnya,” katanya kepada Bernama.
Innes berkata pendirian tegas Trump terhadap Jepun,terutama mengenai beras dan kenderaan telah mencetuskan lagi ketegangan serantau,manakala nada yang lebih lembut terhadap India kekal menyebabkan kekaburan dalam hubungan diplomatik.
“Sehingga isyarat yang lebih jelas muncul,pasaran dijangka kekal perlahan dan sentiasa berhati-hati,” katanya.
Pada akhir dagangan,ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding kumpulan mata wang utama.
Ringgit menyusut berbanding pound Britain kepada 5.7859/7941 daripada 5.7797/7866,dan berkurang berbanding euro kepada 4.9748/9818 daripada 4.9566/9625 semalam.
Bagaimanapun,ringgit merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9316/9360 daripada 2.9351/9389.
Mata wang tempatan juga diniagakan lebih rendah berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 259.9/260.5 daripada 258.9/259.4,susut berbanding peso Filipina kepada 7.49/7.51 daripada 7.45/7.46,berkurang berbanding dolar Singapura kepada 3.3167/3217 daripada 3.3015/3059,dan turun berbanding baht Thailand kepada 13.0233/0482 daripada 12.9363/9585 sebelumnya.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur