2025-07-03 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,2 Julai- Pelaksanaan tarif elektrik baharu perlu disampaikan dengan jelas agar mudah difahami dan dapat diterima rakyat.
Penganalisis Ekonomi di Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF),Profesor Dr Baharom Abdul Hamid berkata,penyampaian maklumat yang kurang tepat boleh menimbulkan kekeliruan serta keresahan dalam kalangan rakyat.
"Jika diteliti,sebenarnya majoriti pengguna domestik tidak terjejas. Kenaikan hanya melibatkan mereka yang menggunakan melebihi 1,000 kilowatt jam sebulan,atau kira-kira RM500 ke atas.
"Namun,maklumat ini tidak disampaikan dengan baik dan tidak mengambil kira tahap pemahaman rakyat. Akibatnya,timbul kekeliruan dan kegusaran," katanya kepada pemberita RTM di sini.
Mengulas lanjut,beliau berkata pelaksanaan tarif baharu itu merupakan satu bentuk galakan kepada pengguna untuk beralih kepada tenaga boleh baharu.
"Langkah ini bertujuan menggalakkan penggunaan lebih banyak peralatan cekap tenaga serta beralih kepada sumber tenaga alternatif seperti solar.
"Kalau sebelum ini hanya sekadar galakan,kali ini ia lebih berbentuk desakan halus ke arah perubahan," ujarnya lagi.
Terdahulu,Suruhanjaya Tenaga memaklumkan,pelaksanaan jadual tarif baharu yang diluluskan kerajaan akan memastikan kadar elektrik lebih adil,progresif dan mampu milik kepada lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung.
Penetapan tarif itu telah berkuat kuasa bermula 1 Julai 2025 hingga 31 Disember 2027 mengikut Kerangka Kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR),selaras dengan Seksyen 26 Akta Bekalan Elektrik 1990.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur