2025-07-03 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,2 Julai- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh daripada jangkaan memalapkan prospek penurunan kadar faedah bulan ini,sekali gus meningkatkan daya tarikan dolar AS berbanding logam berharga itu.
Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata dagangan emas pada masa ini banyak dipengaruhi oleh jangkaan pasaran mengenai hala tuju Rizab Persekutuan AS (Fed) pada masa hadapan.
"Berikutan bacaan data tinjauan peluang pekerjaan dan perolehan buruh (JOLTS) serta data pembuatan ISM yang positif,peluang untuk penurunan kadar faedah pada Julai dilihat suram. Ini menyebabkan dolar AS mengukuh sedikit dan mengurangkan minat terhadap emas," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun,Innes menegaskan bahawa ini bukan perubahan yang mendadak,cuma pelarasan kecil mengikut jangkaan kadar faedah semasa.
Kontrak bulan semerta Julai 2025 susut kepada US$3,352.80 setiap auns troy daripada US$3,358.30 setiap auns troy sebelumnya,manakala Ogos 2025 merosot kepada US$3,368.10 setiap auns troy daripada US$3,373.10 setiap auns troy.
Kontrak September 2025 pula meningkat kepada US$3,383.00 setiap auns troy daripada US$3,373.10,sementara kontrak Oktober dan Disember 2025 masing-masing turun kepada US$3,402.20 daripada US$3,406.80 pada Selasa.
Jumlah dagangan meningkat kepada 23 lot berbanding 19 lot sebelumnya,manakala kepentingan terbuka naik kepada 45 kontrak daripada 35 kontrak.
Harga emas fizikal berada pada US$3,349.00 setiap auns troy menurut penetapan oleh pihak London Bullion Market Association pada 1 Julai,2025.- BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur