2025-07-03 IDOPRESS

Foto BERNAMA
MEMBAKUT,1 Julai - Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 bermula Selasa ini,platform terbaik membincangkan pelbagai kerjasama untuk kepentingan bersama.
Pertemuan itu juga dijangka mengangkat isu semasa intra-ASEAN seperti isu keselamatan,ekonomi dan politik.
Timbalan Menteri Luar,Datuk Mohamad Alamin berkata turut menjadi tumpuan perdagangan antara negara ASEAN.
''Jadi perlu kita naikkan isu negara intra-ASEAN iaitu perdagangan antara negara-negara ASEAN amat rendah,tetapi perdagangan dengan negara luar ASEAN begitu tinggi."
"Sehubungan itu isu ini perlu dibincangkan antara ASEAN dengan Majlis Kerjasama Teluk,GCC khususnya di negara Asia Barat perlu diperhebat," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Program Simulasi Haji Cilik Tabika KEMAS Peringkat Parlimen Kimanis di sini,hari ini.
Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama lima hari,bermula 8 hingga 11 Julai ini.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur