2025-07-03 IDOPRESS

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,2 JULAI - SIRIM diberi mandat sebagai badan pemeriksa tunggal dan pengeluar Sijil Kelulusan (COA) bagi import plastik sisa berkuat kuasa semalam.
Menurut Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI),langkah itu bagi memperkukuh kawal selia terhadap import sisa plastik secara lebih berkesan dan berintegriti.
Ia selaras dengan komitmen Malaysia terhadap prinsip ketelusan,tadbir urus baik dan kedaulatan undang-undang.
"Malaysia terbuka untuk mengeluarkan COA kepada pengimport sisa plastik dengan syarat semua peraturan perundangan negara dipatuhi,dan pengeksport berasal dari negara yang telah menandatangani serta meratifikasi Konvensyen Basel," katanya dalam satu kenyataan.
Pengimport yang ingin membawa masuk sisa plastik ke dalam negara boleh merujuk kepada Garis Panduan SIRIM di laman rasmi agensi itu.
Jelas MITI,pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan menyeleweng kawalan import sisa atau penglibatan dalam aktiviti pengimportan sisa secara haram.
Langkah ini juga sejajar dengan usaha negara memacu pertumbuhan hijau dan daya tahan iklim di bawah Kerangka Ekonomi MADANI.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur