2025-07-03 IDOPRESS

Datuk Seri Najib Tun Razak./BERNAMA
PUTRAJAYA,2 Julai – Bekas Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa gagal menunjukkan usaha wajar (due diligence) dalam mendapatkan dokumen tambahan (Titah Adendum) berkaitan dakwaan perintah tahanan rumah,meskipun berpeluang berbuat demikian.
Peguam Negara,Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dalam hujahannya berkata,dokumen yang didakwa sebagai perintah Sultan Pahang hanya dikemukakan selepas keputusan Mahkamah Tinggi dibuat,sekali gus menjadikan permohonan Datuk Seri Najib untuk mendapatkan bukti baharu tidak relevan.
“Malah,anak Najib sendiri,Datuk Mohamad Nizar,yang juga Exco Kerajaan Negeri Pahang,mempunyai akses dan sering menghadap Sultan Pahang,tetapi tidak mendapatkan dokumen lebih awal,” katanya.
Beliau memaklumkan perkara itu dalam hujahannya pada prosiding rayuan Datuk Seri Najib berhubung permohonan mendapatkan kebenaran mengemukakan bukti baharu di Mahkamah Persekutuan hari ini.
Prosiding rayuan berlangsung di hadapan panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya,Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim bersama Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah.
Sementara itu,Mohd Dusuki berkata,Titah Adendum itu kekurangan kesahihan rasmi kerana tidak mempunyai cap mohor rasmi atau tandatangan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau berkata,dokumen itu juga dialamatkan kepada bekas Peguam Negara yang kini Hakim Mahkamah Persekutuan,Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan bukannya kepada Ketua Pengarah Jabatan Penjara.
"Dokumen itu juga tidak mempunyai tandatangan Menteri Wilayah Persekutuan dan berbeza secara ketara dari segi format dan struktur berbanding perintah pembebasan awal," katanya.
Menurut beliau lagi,Datuk Seri Najib juga tidak cuba untuk menghubungi Istana Pahang bagi mengesahkan ketulenan dokumen tambahan yang dilampirkan bersama perintah utama pada 29 Januari 2024.
Dalam hujahan balas,peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyatakan bahawa Jabatan Peguam Negara sepatutnya mengambil inisiatif untuk mengesahkan sendiri kesahihan dokumen dari pihak istana.
Prosiding rayuan bersambung 9 Julai ini.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur