2025-07-03 IDOPRESS

Operasi Khas Pemakaian Tali Pinggang Keledar oleh JPJ KL diadakan di Plaza Tol Gombak,malam tadi.
GOMBAK,3 Julai- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengadakan Operasi Khas Pemakaian Tali Pinggang Keledar di Plaza Tol Gombak,malam tadi.
Menurut Pengarahnya,Hamidi Adam,operasi itu adalah sebahagian daripada pelaksanaan serentak di seluruh negara bermula 1 Julai,bertujuan meningkatkan keselamatan penumpang kenderaan awam,terutama dalam sektor pengangkutan berjadual dan pelancongan.
Operasi tersebut berdasarkan pindaan undang-undang 2019 yang mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk belakang bagi bas yang dibina mulai 1 Januari 2020 (tidak termasuk bas henti-henti).
Pematuhan peraturan berkenaan penting untuk mengurangkan risiko kecederaan dan kematian dalam kemalangan melibatkan bas.
"Sepanjang tempoh operasi dari 1 hingga 2 Julai 2025,kami telah memeriksa sebanyak 44 buah bas,yang terdiri daripada 41 bas ekspres dan tiga bas persiaran.
Hasil pemeriksaan mendapati seramai 23 individu telah dikenakan kompaun kerana gagal memakai tali pinggang keledar,seperti yang diwajibkan di bawah peraturan semasa.
Selain itu,kami turut memberi nasihat dan advokasi kepada tiga penumpang bawah umur 18 tahun yang terlibat dalam kes tidak memakai tali pinggang keledar," jelasnya.
Di bawah peraturan sedia ada,penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar dan pengusaha bas yang tidak menyediakan tali pinggang keledar boleh dikenakan kompaun maksimum RM300.
Jika kesalahan diulang atau arahan tidak dipatuhi,tindakan mahkamah boleh diambil,dengan hukuman denda hingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur