2025-07-03 IDOPRESS

Hanif Yusabra ketika melakukan pemeriksaan ke atas penumpang bas sempena ops khas berkenaan,di Terminal One Seremban,di sini pada Rabu / Foto RTM
SEREMBAN,3 Julai – Tujuh individu dikenakan kompaun RM300 seorang selepas dikesan tidak memakai tali pinggang keledar ketika menaiki bas ekspres dan bas persiaran dalam satu operasi khas yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan di sini pada Rabu.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan,Hanif Yusabra Yusuf,berkata semua mereka berusia 19 tahun ke atas dan gagal mematuhi peraturan pemakaian tali pinggang keledar yang diwajibkan kepada penumpang sejak pindaan undang-undang pada 2019.
Menurutnya,antara alasan yang diberikan penumpang ialah tidak biasa memakai tali pinggang keledar atau menganggap pemakaiannya sesuatu yang remeh.
“Antara alasan yang diberikan mereka ialah tidak pernah memakai tali pinggang keledar sebelum ini dan menganggap ia tidak penting,sedangkan hakikatnya pemakaian tali pinggang keledar boleh menyelamatkan nyawa dan mengurangkan risiko kecederaan parah sekiranya berlaku kemalangan,” katanya pada sidang media selepas Op Khas Pemakaian Tali Pinggang Keledar di Terminal One.
Beliau berkata,sebanyak 43 buah bas terdiri daripada bas ekspres dan bas persiaran diperiksa dalam operasi berkenaan.
Dalam masa sama,katanya,pengusaha bas turut diingatkan agar memastikan semua kenderaan mereka dilengkapi dengan tali pinggang keledar yang berfungsi serta mengingatkan penumpang supaya sentiasa memakainya sepanjang perjalanan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur