2025-07-03 IDOPRESS

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,1 Julai- Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan meningkat sedikit,disokong oleh aktiviti belian berterusan dalam saham-saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah sentimen optimis terhadap prospek ekonomi,kata penganalisis.
Pada 9.10 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 0.90 mata,atau 0.06 peratus kepada 1,533.86 berbanding 1,532.96,semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka menokok 1.03 mata kepada 1,533.99.
Pasaran secara meluas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 183 berbanding 119,sebanyak 258 kaunter tidak berubah manakala 1,814 tidak diniagakan dan 13 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 186.42 juta saham bernilai RM79.79 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd pula menjangkakan pasaran saham tempatan kekal kukuh,didorong oleh prestasi memberangsangkan Wall Street,penilaian FBM KLCI yang masih dilihat sebagai menarik serta aktiviti memperolek akaun.
“Kami mengekalkan pendirian positif terhadap sektor pembinaan dan utiliti,disokong oleh aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) bagi segmen pusat data.
“Selain itu,susulan perbelanjaan modal oleh Tenaga Nasional yang berlanjutan hingga separuh kedua 2025,kami yakin ini memberi manfaat kepada pakar infrastruktur tenaga dan pengeluar kabel,” katanya dalam satu nota penyelidikan.
Mengulas prospek pasaran secara menyeluruh,firma pembrokeran itu berkata pada minggu ini,tumpuan peniaga beralih kepada pengumuman data ekonomi AS seperti kadar pengangguran negara maju itu,data pekerjaan bukan ladang serta ucapan oleh Pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell yang dijadualkan malam ini.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking naik 2.0 sen kepada RM9.72,Tenaga Nasional menokok 14 sen kepada RM14.52 manakala Public Bank dan IHH Healthcare kekal tidak berubah pada RM4.31 dan RM6.82 selain CIMB turun 3.0 sen kepada RM6.76.
Bagi saham aktif,Sapura Energy,NexG,dan Magma masing-masing naik setengah sen kepada 4.0 sen,37.5 sen dan 49.5 sen manakala SFP Tech turun setengah sen kepada 19.5 sen dan Pharmaniaga meningkat 1.0 sen kepada 14.5 sen.
Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas meningkat sebanyak 14.88 mata kepada 11,462.65,Indeks FBMT 100 meraih 13.61 mata kepada 11,243.37,Indeks FBM Emas Shariah menokok 24.86 mata kepada 11,463.10,Indeks FBM 70 menambah 50.55 mata kepada 16,450.16 manakala Indeks FBM ACE meningkat 6.83 mata kepada 4,476.76.
Mengikut sektor pula,Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 2.65 mata kepada 17,647.93,Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.55 mata kepada 153.28 manakala Indeks Perladangan naik 10.67 mata kepada 7,360.87 dan Indeks Tenaga meraih 0.51 mata kepada 735.79.- BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur