2025-07-03 IDOPRESS

Foto Fail
KUALA LUMPUR,1 Julai- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh jangkaan meningkat terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS),kata Rakan Pengurusan SPI Asset Management,Stephen Innes.
Beliau berkata para pelabur akan memantau dengan teliti data pembuatan ISM AS yang akan dikeluarkan hari ini.
“Jika laporan tersebut menunjukkan permintaan yang lemah seperti penurunan dalam harga yang dibayar,pesanan baharu atau pekerjaan,ia boleh memberi tekanan tambahan kepada dolar AS dan seterusnya menyokong harga emas,” katanya kepada Bernama.
Kontrak bulan semerta bagi Julai 2025 meningkat kepada US$3,358.30 setiap auns troy daripada AS$3,296.80 setiap auns troy pada Isnin manakala kontrak bagi Ogos dan September 2025 masing-masing naik kepada US$3,373.10 daripada AS$3,312.50 setiap auns troy.
Kontrak bagi Oktober dan Disember 2025 melonjak kepada AS$3,406.80 setiap auns troy daripada AS$3,312.50 setiap auns troy pada Isnin.
Jumlah dagangan berkembang kepada 19 lot berbanding tiga lot sebelumnya manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 35 kontrak daripada 24 kontrak.
Emas fizikal berharga pada AS$3,287.45 setiap auns troy,menurut penetapan harga oleh London Bullion Market Association pada 30 Jun,2025.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur