2025-07-04 HaiPress

Foto PMO
Rom,3 Julai - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput rakan sejawatannya dari Itali,Giorgia Meloni ke Kuala Lumpur bersempena sidang ASEAN,sebagai usaha memperluas kerjasama blok serantau dengan Kesatuan Eropah (EU).
Ia juga disifatkan sebagai langkah strategik untuk dua blok ekonomi utama dunia itu menjalin hubungan lebih erat.
Menurut Datuk Seri Anwar,jemputan itu dijangka membuka lembaran baharu dalam kerjasama antara ASEAN,EU dan negara serantau,terutamanya dalam bidang pelaburan,teknologi hijau,tenaga dan keselamatan.
“Saya menjemput Perdana Menteri Meloni ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan sendiri pemeteraian kerjasama penting,termasuk projek CCUS (Pemerangkapan,Penggunaan dan Penyimpanan Karbon) yang melibatkan Petronas,ENI,Pertamina dan syarikat Jepun,” katanya.
Lawatan Perdana Menteri ke Itali turut menyaksikan perbincangan mendalam dengan Menteri Pertahanan Itali,serta syarikat Leonardo mengenai pembelian pesawat maritim dan helikopter AW149,termasuk kerjasama dalam Penyelenggaraan,Pembaikan dan Baik pulih (MRO),latihan,serta pemindahan teknologi di Lapangan Terbang Batu Berendam,Melaka.
Dalam pertemuan dua hala bersama Menteri Luar Itali,Antonio Tajani,kedua-dua pihak turut menyentuh soal perdagangan,pelaburan,serta solidariti terhadap Gaza,dengan Itali menyatakan sokongan terhadap pendirian Malaysia agar serangan dihentikan dan bantuan kemanusiaan disalurkan segera.
Selain itu,Datuk Seri Anwar turut meluangkan masa bertemu komuniti perniagaan utama Itali,wakil badan Islam dan diaspora Malaysia di Rom dalam usaha mengukuhkan jaringan ekonomi,serta hubungan masyarakat antara kedua-dua negara.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur