2025-07-04 HaiPress

Foto Polis
KEMAMAN,3 Julai - Seorang pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) maut manakala rakannya cedera parah selepas terbabit kemalangan di susur masuk kawasan Rawat dan Rehat (RnR) Lebuh raya Pantai Timur Fasa Dua (LPT2),petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Razi Rosli berkata,kemalangan dipercayai berlaku selepas motosikal dinaiki mangsa bersama rakannya hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum melanggar penghadang jalan.
"Ketika kejadian itu kedua-dua mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan,Pahang. Susulan kejadian itu penunggang motorsikal terbabit tercampak ke sebelah kiri jalan manakala rakannya terjatuh di atas jalan raya," katanya dalam satu kenyataan.
Mangsa,Siti Ain Balqis Hamdan,23 tahun yang menunggang motosikal terbabit cedera parah pada bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.
Sementara itu,rakan mangsa,Nur Intan Syafiera Batrisya Hamzah,22 tahun yang membonceng motosikal terbabit cedera parah di kepala dan badan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan.
"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat manakala rakan mangsa dihantar ke HTAA,Kuantan untuk rawatan lanjut," katanya lagi.
Kes disiasat bawah sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur