2025-07-04 HaiPress

Pengarah JPJ Pahang,Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman ( dua dari kanan) / Foto BERNAMA
KUANTAN,3 Julai - Sebanyak 338 bas diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang menerusi Op Khas Pemakaian Tali Pinggang Keledar bagi tempoh tiga hari bermula 1 Julai lalu.
Menurut Pengarah JPJ Pahang,Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman,hasil pemeriksaan sebanyak 129 notis tindakan telah dikeluarkan pihaknya.
Ia meliputi 63 notis saman JPJ,42 notis arah periksa dan 24 notis larangan penggunaan kenderaan.
"Manakala pecahan sebanyak 63 notis saman JPJ sebanyak lapan pecahan iaitu tiada lesen memandu vokasional satu saman,tidak memakai tali pinggang keledar bagi pemandu lima saman,tidak memakai tali pinggang keledar bagi penumpang 14 saman bagi tempoh hampir tiga hari ini."
"Selain itu tidak memakai tali pinggang keledar maksud tidak memasang tali pinggang itu bagi kenderaan yang sepatut sebanyak 16 saman,tidak selenggara tali pinggang dengan baik ada 13 notis dikeluarkan," katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Advokasi Bas Ekspres di Terminal Sentral Kuantan,Pahang.
Menurutnya,program khas itu dijalankan sepanjang bulan ini dengan memberi tumpuan kepada pematuhan pemakaian tali pinggang keledar oleh penumpang dan pemandu,meliputi aspek keselamatan kenderaan secara menyeluruh.
Pada peringkat awal,program advokasi dijalankan di tiga terminal utama iaitu Terminal Sentral Kuantan,Terminal Bas Temerloh dan Terminal Bas Genting Highlands.
Pemeriksaan diperluas ke semua terminal utama di 11 daerah di Pahang,bermula hari ketiga.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur