2025-07-04 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,3 Julai - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedia bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam Melaka untuk menyemak dan mengesahkan kaligrafi di masjid dan surau di negeri itu,susulan dakwaan kesilapan ejaan dalam tulisan khat kufi kalimah Allah yang tular,baru-baru ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata,semakan itu penting bagi memastikan kaligrafi yang dipamerkan tepat dan selaras dengan ajaran al-Quran,serta hadis.
"Semua masjid dan surau di Melaka diminta melihat kembali kaligrafi yang ada. Dalam konteks saya dan juga pihak JAKIM,kita bersedia untuk bekerjasama dengan Exco Kerajaan Negeri Melaka,serta Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam Melaka untuk membantu dan melihat verifikasi kaligrafi tersebut,bagi memastikan ayat yang digunakan di masjid dan surau tepat",katanya.
Terdahulu,seorang pengguna media sosial mendakwa berlaku kesilapan ejaan khat di sebuah masjid di Melaka sehingga mencetuskan reaksi meluas dalam kalangan orang ramai.
Kerajaan negeri sedang menyiasat dan mengenal pasti lokasi masjid atau surau yang terlibat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur