2025-07-04 HaiPress

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB,Novan Amirudin - Foto Bernama
KUALA LUMPUR,3 Julai - CIMB Group terus komited memperkasa modal insan menerusi pelbagai inisiatif latihan dan pembangunan kemahiran bagi memastikan pekerjanya bersedia menghadapi cabaran masa depan.
Ketika ini,semua pekerja tetap menerima gaji minimum melebihi paras sara hidup iaitu RM3,100 sebulan,selaras dengan Panduan Belanjawanku Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Langkah itu menyokong inisiatif GLC GEAR-UP dan mencerminkan komitmen CIMB terhadap amalan pampasan yang adil serta inklusif.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB,Novan Amirudin berkata,CIMB komited menyediakan peluang pembangunan profesional dan memastikan pekerja dapat berkembang bersama organisasi.
Beliau menegaskan bahawa CIMB sentiasa menyokong bayaran gaji yang setara dengan pasaran dan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan dalam menjayakan inisiatif GEAR-UP.
Bagi tahun 2025,CIMB memperuntukkan lebih RM100 juta untuk latihan dalam bidang digital,kecerdasan buatan (AI),data dan kemampanan. Setakat ini,2.66 juta jam pembelajaran telah dicapai.
CIMB turut melaksanakan program kepimpinan bersama institusi antarabangsa serta inisiatif kerja fleksibel dan program kesejahteraan bagi menyokong keseimbangan kehidupan dan kerjaya.
Usaha berterusan tersebut berjaya mengekalkan Skor Indeks Kesihatan Organisasi CIMB pada tahap tinggi di peringkat ASEAN iaitu 84 peratus.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur