2025-07-04 IDOPRESS
Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh/ Foto FB Ab Rauf Yusoh
JASIN,3 Julai- Jalan baharu Serkam-Bemban memudah dan memendekkan masa perjalanan pelancong dari selatan untuk ke destinasi pelancongan utama di bandar Melaka.
Ketua Menteri,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata,projek pembinaan jalan dua lorong sepanjang tiga kilometer itu menelan kos kira-kira RM20.2 juta dan siap sepenuhnya pada 25 Aprillalu.
Beliau juga yakin laluan berkenaan akan memberi impak positif kepada rakyat dari segi memudahkan pergerakan dan merancakkan ekonomi sekali gus mempertingkatkan kesejahteraan hidup masyarakat.
"Jalan ini dapat memendekkan masa perjalanan dari Ayer Molek ke Tol Jasin sebanyak lima minit. Laluan alternatif strategik ini ialah dapat menghubungkan laluan daripada arah selatan untuk masuk ke Melaka dengan lebih cepat,sekiranya melalui Tol Jasin,terus boleh sampai ke pusat bandar tanpa masuk ke Ayer Keroh yang penuh sesak pada hujung minggu.
"Ia merupakan satu projek yang telah mula diminta daripada Kerajaan Persekutuan sejak dari tahun 2021",katanya selepas menyempurnakan majlis perasmian jalan berkenaan di Bemban,Jasin.
Dalam pada itu,Datuk Seri Ab Rauf berkata,Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sembilan projek baharu dan naik taraf jalan sekitar negeri itu yang kini dalampelbagai peringkat pelaksanaan.
Antaranya,naik taraf Jalan Tun Hamzah dari persimpangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke Semabok yang menelan kos kira-kira RM300 juta,Elevated U-Turn dan Direct U-Turn dari Pulau Gadong ke Taman Cheng yang menelan kos RM181 juta dan sebagainya.
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
KWAP lancar Dana Iklim+, galak pelaburan hijau negara
MITI, MoF bincang insentif baharu galak penggunaan EV
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur