2025-07-04 IDOPRESS

NUTP menyambut baik reformasi yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan.
KUALA LUMPUR,03 JULAI - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) menyambut baik reformasi yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM).
Setiausaha Agung NUTP,Fouzi Singon berkata sinergi antara KPM dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) itu menjadi solusi terbaik dalam menangani masalah kekurangan guru di sekolah-sekolah kendalian KPM.
"Antara usaha tersebut termasuklah peluasan kluster mata pelajaran,pengambilan guru juga diperluaskan kepada graduan berpotensi dari universiti swasta dan universiti luar negara selain universiti awam. pelantikan guru secara Contract of Service (CoS) dalam kalangan graduan yang tidak mempunyai ikhtisas pendidikan juga akan dilaksanakan." katanya.
Menurut beliau,guru-guru lantikan secara kontrak akan dipersiapkan dengan segala kemairan yang diperlukan menerusi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) mod Kursus Dalam Cuti (KDC) selama setahun di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM);
Selain itu,pengambilan calon guru bagi Program Pra perkhidmatan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa khasnya bagi calon guru lepasan STPM,STAM dan Program Matrikulasi yang telah bermula sejak tahun lalu.
Penubuhan Jawatankuasa Pengambilan dan Penempatan Guru KPM berperanan mengenal pasti perubahan yang berlaku dalam dasar,kurikulum,program dan enrolmen yang memberi implikasi kepada keperluan guru seterusnya memastikan keseimbangan dalam pengambilan serta penempatan guru sekolah KPM.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur