2025-07-04 IDOPRESS

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
KUALA LUMPUR,3 Julai - Peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dapat mengawal impak berganda terhadap semua barangan berikutan pelaksanaannya secara bersasar dan tidak menyeluruh.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,peluasan skop SST ini hanya dikenakan ke atas sesetengah barangan dan bukan kepada kebanyakan barangan keperluan asas harian rakyat.
“Impak berterusan itu boleh dikawal dalam apa yang kita perluaskan dalam SST. Pada Mac tahun lepas,apabila kita lebarkan (kadar SST daripada enam peratus kepada lapan peratus) kita juga ada ‘bubble system’ dan tiada kesan.
“Kalau tidak percaya,lihat angka inflasi. Adakah inflasi di Malaysia melata pada tahap yang sangat tinggi? Tidak. Tahun lepas sebanyak 2.0 peratus,justeru ia terurus dan terkawal,” katanya pada sesi podcast Keluar Sekejap yang disiarkan di laman Youtube.
Ia dihoskan oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.
Amir Hamzah berkata kerajaan menilai keperluan untuk mengurangkan beban segmen yang sepatutnya dengan memilih untuk memperluas skop SST kepada barangan tertentu sahaja.
“Kita boleh memilih,siapa kata tindakan memilih itu salah? Kalau kita memilih segmen yang betul dan ia sampai kepada sasaran yang betul,justeru apa yang kita lakukan itu adalah cara yang lebih baik.
“Kefahamannya ialah pelaksanaan kita adalah secara bersasar dan bukan secara menyeluruh yang akan membebankan rakyat. Kita juga perlu melihat apa yang kerajaan lakukan dengan hasil yang diperoleh,” katanya.
Amir Hamzah berkata antara impak positif yang dapat dilihat daripada usaha kerajaan ialah peningkatan jumlah penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) daripada 700,000 individu kepada 5.4 juta penerima.
“Setiap bulan,mereka mendapat bantuan antara RM50 dan RM200 sebulan untuk membeli barangan asas. Itulah sokongan yang boleh diberikan oleh kerajaan apabila ia mempunyai hasil,” katanya.
Mengenai penyasaran subsidi RON95 yang akan datang,Amir Hamzah berkata perkara itu masih pada peringkat perbincangan yang akan menilai mekanisme sesuai termasuk penggunaan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) untuk menetapkan nilai ambang.
“Ada kemungkinan kita bermula dengan ‘cut line’ yang tinggi kerana kita fikir mungkin buat masa sekarang,tahapnya setakat ini sahaja yang kita boleh tetapkan.
“Ini akan dibincangkan dalam Kabinet untuk ‘cut line’ yang wajar. Kita fikir sebelum akhir tahun ini,kita akan melaksanakan (penyasaran subsidi) RON95,” katanya. - BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur