2025-07-07 HaiPress

Panelis utama Program Rapat Adat Perpatih 2025,Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin
SEREMBAN,6 Julai - Warisan Adat Perpatih kini diperluas menerusi platform digital bagi memastikan kesinambungan ilmu budaya tersebut terus terpelihara dalam era moden.
Panelis utama Program Rapat Adat Perpatih 2025,Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata,medium itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi memastikan adat perpatih tidak hanya kekal sebagai kenangan atau nostalgia semata-mata,sebaliknya dikekalkan sebagai sebahagian daripada pengetahuan yang terus diamalkan serta relevan dengan perkembangan semasa.
Beliau menjelaskan,usaha berkenaan telah dimulakan sejak lebih dua dekad lalu menerusi pembinaan sebuah portal yang menghimpunkan lebih 53,000 bahan tulisan berkaitan Alam Melayu dalam pelbagai bahasa.
"Cabaran utama yang dihadapi ialah bagaimana untuk menyimpan dan mendokumentasikan segala pengetahuan berkaitan Adat Perpatih.
Persoalannya juga,bagaimana generasi muda dapat mengakses dan memahami kandungan adat ini secara mudah,sebaiknya hanya melalui telefon pintar mereka. Itu lah cabaran masa depan yang perlu kita tangani.
Setiap tahun kita mengadakan pelbagai majlis dan perbincangan namun persoalan pentingnya ialah bagaimana semua pengetahuan,perbincangan dan peristiwa ini dapat dirakam dan disampaikan kepada mereka yang tidak berkesempatan hadir,agar mereka tetap dapat melihat dan mendengar dalam suasana yang selesa,bila-bila masa," katanya ketika ditemui media di Program Rapat Adat Perpatih 2025 di sini,hari ini.
Program Rapat Adat Perpatih 2025 yang dianjurkan oleh Yayasan Budi dengan kerjasama Jabatan Kesenian dan kebudayaan Negeri Sembilan,Muzium Negeri,Negeri Sembilan dan Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia Kebangsaan menghimpunkan tokoh adat,penyelidik dan masyarakat akar umbi sebagai platform merancang masa depan adat agar kekal relevan dalam era moden.
Dalam pada itu,Shamsul turut menekankan kepentingan mengembalikan peranan institusi seperti Ibu Soko sebagai rujukan utama dalam hal keturunan dan adat.
Katanya lagi,pendigitalan adat diyakini dapat membantu menyelesaikan pertikaian berkaitan waris suku dan pewarisan jawatan,jika data berkaitan dikumpulkan dan disahkan dalam satu pangkalan data rasmi.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur