2025-07-07 HaiPress

Bekalan getah asli (NR) juga terjejas ekoran hujan berterusan di rantau Asia Tenggara. - Foto fail
KUALA LUMPUR,6 Julai - Pasaran getah Malaysia dijangka mengalami corak dagangan tidak menentu minggu depan berikutan ketidaktentuan permintaan global.
Menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Malaysia (MARGMA),ini terutamanya disebabkan perkembangan berkaitan tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS).
"Meskipun aktiviti sektor pembuatan di China mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan,situasi di negara Asia lain masih perlahan,yang banyak dipengaruhi oleh ketegangan perdagangan melibatkan AS.
"Presiden AS,Donald Trump,baru-baru ini menyatakan bahawa beliau tidak akan melanjutkan tarikh akhir bagi negara-negara terbabit menyelesaikan rundingan perdagangan dengan AS,sekali gus menambah lagi ketidaktentuan," jelas MARGMA.
Selain itu,bekalan getah asli (NR) juga terjejas ekoran hujan berterusan di rantau Asia Tenggara,yang boleh menjejaskan keseluruhan pengeluaran bahan tersebut.
Menurut persatuan itu lagi,pergerakan harga getah akan banyak dipacu oleh prestasi pasaran hadapan getah serantau,kekuatan nilai ringgit berbanding dolar AS serta perubahan harga minyak mentah global.
"Ketegangan perdagangan antara AS dan China,dan konflik geopolitik berpanjangan di Asia Barat,akan terus memberi kesan besar terhadap pasaran getah dunia," kata MARGMA.
Dalam pada itu,penganalisis industri Denis Low menjangkakan pasaran getah kekal dalam keadaan mendatar,dengan sedikit turun naik dan kecenderungan menyusut.
"Negara-negara yang masih berunding mengenai isu tarif mungkin berdepan dengan pilihan yang sukar,sama ada ditolak atau dipaksa menerima syarat yang berat sebelah.
“Keadaan ini menjadikan para peniaga lebih berhati-hati dalam menyimpan stok kerana mereka menjangka pasaran akan kekal perlahan dengan pergerakan harga yang terbatas,” ujarnya.
Bagi perbandingan mingguan,harga penanda aras Lembaga Getah Malaysia bagi SMR 20 mencatatkan penurunan sembilan sen kepada 711 sen sekilogram,manakala lateks pukal susut 14 sen kepada 571.5 sen sekilogram.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur