2025-07-07 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,7 Julai- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Rabu ini dengan jangkaan meningkat terhadap potensi penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR),kata penganalisis.
Pada 8 pagi,mata wang tempatan meningkat kepada 4.2060/2320 berbanding dolar AS daripada 4.2180/2260 pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata,OPR dijangka diturunkan sebanyak 25 mata asas berdasarkan ketidaktentuan ekonomi yang meningkat berpotensi menjejaskan momentum pertumbuhan separuh kedua tahun ini.
“Oleh itu,terdapat justifikasi yang jelas untuk BNM menyokong pertumbuhan,” katanya kepada Bernama.
Katanya peniaga turut kekal berhati-hati terhadap dolar AS berikutan pelabur dan peniaga masih menantikan kejelasan menjelang tarikh akhir penangguhan tarif Amerika Syarikat (AS),yang juga pada Rabu ini.
“Tumpuan akan tertumpu kepada tarikh akhir pada Rabu ini berkaitan tarif AS yang telah ditangguhkan selama 90 hari sejak 9 April lepas.
“Pada masa sama,negara anggota OPEC+ bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran minyak mereka sebanyak 548,000 tong sehari pada Ogos 2025,menunjukkan komitmen pengeluar minyak untuk memulihkan bekalan minyak global,” katanya.
Berdasarkan ketidaktentuan tarif yang berterusan,Mohd Afzanizam berkata ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati antara RM4.22 dan RM4.23 hari ini.
“Ringgit meningkat sebanyak 0.3 peratus minggu ke minggu berbanding dolar AS minggu lepas,mencecah paras setinggi RM4.1980 pada 1 Julai,” katanya.
Pada sesi pembukaan,ringgit tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9115/9297 daripada 2.9225/9282,mengukuh berbanding pound kepada 5.7412/7767 daripada 5.7601/7710 dan naik berbanding euro kepada 4.9542/9849 daripada 4.9675/9770.
Mata wang tempatan turut meningkat berbanding kebanyakan mata wang ASEAN.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3006/3213 daripada 3.3114/3182,mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9823/13.0730 daripada 13.0302/0609,menambah berbanding rupiah Indonesia kepada 259.8/261.5 daripada 260.6/261.2 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.45/7.50 daripada 7.47/7.49 sebelum ini. -BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur