2025-07-07 IDOPRESS

Seramai 762 pelajar sekolah berjaya peroleh lesen melalui Program MyLesen B2 - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,6 Julai – Pemilik lesen motosikal di bawah program MyLesen B2 boleh dikenakan tindakan penarikan semula lesen sekiranya melanggar undang-undang jalan raya atau terlibat dalam aktiviti lumba haram.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),Datuk Aedy Fadly Ramly berkata,pihaknya kini sedang meneliti kaedah terbaik bagi melaksanakan langkah berkenaan.
"Program MyLesen ini adalah program kerajaan yang mana subsidi diberi kepada peserta.
"Jadi mana-mana yang melakukan kesalahan atau menyertai aktiviti-aktiviti haram seperti lumba haram dan sebagainya kita akan menarik balik lesen tersebut," katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen B2 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Seramai 915 peserta yang menamatkan latihan dan ujian berjaya menerima lesen motosikal.
Daripada jumlah itu seramai 762 peserta adalah pelajar sekolah menengah
MyLesen B2 merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu golongan B40 memperoleh lesen motosikal,khususnya untuk ke sekolah atau bekerja.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur