2025-07-07 IDOPRESS

Presiden UMNO,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lumut,Perak/ Foto FB Zahid Hamidi
LUMUT,6 Julai - UMNO menetapkan empat prasyarat utama bagi merampas semula Parlimen Lumut dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya,Pangkor dan Pasir Panjang pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang.
Presidennya,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan penyatuan UMNO Bahagian Lumut menjadi asas utama kejayaan.
Budaya lama seperti tikam belakang dan menyalahkan pimpinan juga mesti dihentikan serta-merta.
"UMNO dengan rakan-rakan daripada Barisan Nasional mesti bersatu padu,mesti bersama-sama mengukuhkan kepimpinan di kalangan kita dan jangan berpecah-belah. Musuh politik kita tidaklah kuat tetapi kelemahanan dalaman akibat hilangnya keyakinan terhadap parti sendiri telah melemahkan perjuangan kita,” kata beliau ketika berucap ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lumut,di sini hari ini.
Dalam pada itu,Ahmad Zahid turut menyeru supaya rakan komponen seperti MIC dan MCA terus disantuni.
UMNO juga perlu menghormati realiti politik semasa,tidak lagi bersikap dominan,sebaliknya tampil lebih matang dalam Kerajaan Perpaduan.
Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO turut digesa menguasai media sosial dan mendekati pengundi secara strategik kerana ia merupakan peluang penting untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat di Lumut.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur