2025-07-07 IDOPRESS

Karnival mega ini bakal menggabungkan Hari Peneroka FELDA,Karnival Usahawan Desa dan Satu Daerah Satu Industri
BANGI,6 Julai – Buat julung kalinya,Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan menganjurkan Mega Karnival 3 Dimensi,sebuah platform berskala besar yang menghimpunkan tiga program utama negara secara serentak.
Karnival mega ini bakal menggabungkan Hari Peneroka FELDA (HPF),Karnival Usahawan Desa (KUD) dan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di bawah satu bumbung.
Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti) FELDA,Datuk Mohd Banuri Aris berkata,penganjuran kali ini turut dijayakan dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
“Program mega ini bertujuan menyatukan komuniti luar bandar serta memperkukuh jaringan ekonomi tempatan.
“Ini adalah ruang untuk kita merancang strategi baharu,memperbaharui nilai tambah serta mendunia usaha keusahawanan tempatan. Banyak peluang akan diketengahkan sepanjang lima hari penganjuran,” katanya.
Antara pengisian menarik sepanjang karnival termasuk pameran,jualan produk tempatan,seminar keusahawanan,serta persembahan kebudayaan yang menyemarakkan semangat komuniti dan inovasi.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir untuk merasmikan program tersebut.
Orang ramai dijemput hadir memeriahkan acara Mega Karnival 3 Dimensi akan berlangsung dari 30 Julai hingga 3 Ogos ini,bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC),Kuala Lumpur.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur