2025-07-07 IDOPRESS

Foto Pejabat Perdana Menteri
RIO DE JANEIRO,6 Julai – Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan strategik bersama syarikat pengeluar pesawat terkemuka Brazil,Embraer dalam usaha mengukuhkan sektor aeroangkasa Malaysia dan menarik pelaburan berimpak tinggi ke negara ini.
Pertemuan itu turut disertai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Embraer,Francisco Gomes Neto,yang membincangkan potensi kerjasama dalam sektor awam dan pertahanan,termasuk pembinaan pusat penyelenggaraan pesawat,latihan juruterbang serta inovasi teknologi penerbangan rendah karbon.
“Kerajaan MADANI komited memperkukuh ekosistem industri penerbangan melalui dasar mesra pelabur,pembangunan bakat tempatan dan kerjasama teknologi canggih,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Malaysia turut menyatakan kesediaan menjadi rakan strategik Embraer di ASEAN,sejajar Pelan Induk Aeroangkasa Negara 2030,dengan menumpukan kepada penciptaan pekerjaan bernilai tinggi,pemindahan teknologi dan pertumbuhan ekonomi yang inklusif.
Selain sektor awam,perbincangan turut menjurus kepada kolaborasi dengan syarikat penerbangan tempatan serta penawaran aset mobiliti udara untuk memperkukuh keupayaan pertahanan negara.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur