2025-07-07 IDOPRESS

Perdana Menteri yang berada di Brazil menerima kunjungan hormat wakil NDB. Delegasi NDB diketuai presidennya,Dilma Rousself
RIO DE JANEIRO,6 Julai - Malaysia akan meneliti secara menyeluruh keanggotaan dalam Bank Pembangunan Baharu (NDB).
Antara aspek diambil kira,komitmen yang diperlukan serta keberkesanan penyertaan dalam institusi tersebut.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui,NDB menjadi alternatif pembiayaan berdaya saing sejajar aspirasi Malaysia untuk mempelbagai sumber pembangunan infrastruktur dan mempercepat peralihan kepada ekonomi hijau.
Namun beliau menegaskan beberapa faktor perlu diambil kira sebelum memuktamadkan keputusan untuk menyertainya.
Perdana Menteri berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Presiden NDB; Dilma Rousseff di sini hari ini.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada bekas Presiden Brazil itu yang dipilih sekali lagi untuk menerajui NDB.
NDB sebelum ini dikenali sebagai Bank Pembangunan BRICS.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur