2025-07-07 IDOPRESS
Perdana Menteri menerima kunjungan hormat rakan sejawatannya dari Vietnam Pham Minh Chinh
RIO DE JANEIRO,7 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Vietnam Pham Minh Chinh mengadakan pertemuan di sini hari ini.
Kedua-dua pemimpin berada di bandar kedua terbesar Brazil itu bersempena Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS yang berlangsung selama dua hari.
Pertemuan mereka sebelum ini adalah semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Kuala Lumpur pada Mei lepas.
Datuk Seri Anwar diiringi Menteri Pengangkutan Anthony Loke,Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani.
Malaysia merupakan rakan dagangan ketiga terbesar Vietnam dalam ASEAN dan kesembilan terbesar di dunia.
Perdagangan dua hala kedua-dua negara terus meningkat mencecah RM59.5 bilion (US$14.2 bilion) pada 2024 dengan sasaran RM76 bilion (US$18 bilion) tahun ini.
Sementara itu,Perdana Menteri berkata pertemuan tersebut memberi ruang untuk kedua-dua pemimpin menilai tahap kemajuan kerjasama pelbagai bidang antara Malaysia dengan Vietnam merangkumi perdagangan,pelaburan,pertahanan,keselamatan,maritim,perikanan serta tenaga hijau dan petroleum.
"Saya turut membangkitkan keperluan memperkukuh kerjasama dalam menangani isu aktiviti penangkapan ikan secara tidak sah.
"Saya juga menzahirkan harapan agar pendekatan yang lebih konstruktif dapat dirintis demi memastikan kelestarian sumber laut serta memelihara hubungan baik antara kedua-dua negara," katanya dalam kenyataan.
Selain itu,Anwar berkata Malaysia juga menyokong penuh potensi pelaburan dalam tenaga boleh baharu di selatan Vietnam termasuk inisiatif kabel dasar laut yang mampu memperkukuh jaringan tenaga dua hala.
Katanya ia seiring dengan aspirasi pembentukan Grid Kuasa ASEAN,sebuah infrastruktur untuk menjamin keselamatan tenaga dan pertumbuhan mampan.
"Saya menantikan pertemuan susulan bersama beliau di Sidang Kemuncak ASEAN pada bulan Oktober nanti dalam usaha memperkukuhkan lagi hubungan strategik dan persahabatan yang sekian lama terjalin antara Malaysia dengan Vietnam," katanya. - BERNAMA
Philips Smart Lock Tampil Buat Julung Kalinya di ARCHIDEX 2025 Malaysia, Membuka Pintu ke Arah Gaya Hidup Pintar Masa Hadapan
SOUEAST Unveils New Chapter in Egypt, Strengthening African Market Presence
China Communications Construction Road & Bridge Youth Vanguard Team: Forging a Steely Will through Youthful Struggle, Breaking New Ground and Painting the Silk Road with Vigor
Hangzhou Launches the 1st Global Technology Innovation Competition with Generous Awards
Indeks Pelopor naik 0.04 peratus, prospek ekonomi Malaysia kekal positif
Bursa Malaysia dibuka 0.36 % lebih rendah, jejaki petunjuk global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur